These Streets Small Cute Grey Red Outline Pointer
Your IP is :
USE . YOUR . OWN . CBOX


Maximum quality for Chrome
1366 x 768 screen resolution

Skin by Le Vans. xoxo
ยปRamadhanku
Tuesday, 14 August 2012

Assalamualaikum. Salam diberi dengan ikhlas harap dibalas juga dengan ikhlas :)

Sudah sekian lama tidak mengepost apa apa entry dekat belog ni. Hampir 3 bulan berdiam diri tanpa sebarang akhbar atau berita. Mungkin sudah lambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa tetapi masih belum terlalu awal untuk saya mengucapkan salam lebaran kepada semua yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Ramadhan tahun ini berlalu dengan begitu cepat. semakin hari semakin banyak perkara yang aku lalui dan semakin pendek usia aku.

Ramadhan tahun ini sedikit sebanyak telah memberi tamparan kepada aku dalam menjalani ibadah puasa ini
dari aku tidak tahu apa sebenarnya erti ramadhan sehingga la mengenalinya. Semenjak 3 tahun ini, tiap kali menjelang bulan ramadhan aku pasti akan merasai kekosongan sejak pemergiannya . Opah orang yang paling gembira bila tiba bulan ramadhan kerana dapat berkumpul dengan semua anak-anak dan juga cucu-cucunya. pemergiannya pada tahun 2009 memberi kesan kepada semua orang. Sehari sebelum opah menghebuskan nafas yang terakhir, malam tu aku betul-betul tak boleh nak melelapkan mata dan aku nak sangat tengok opah dekat hospital.

esoknya aku nak juga ikut tengok opah dekat hospital. Perasaan pertama bila melihatnya, terasa macam nak menitiskan air mata :'( bila melihat penderitaan yang ditanggung olehnya dengan pelbagai saluran yang memenuhi hampir seluruh tubuhnya. Pada saat itu aku hanya mampu sedekahkan doa sahaja. Aku tak sanggup nak duduk dalam ruangan bilik tu begitu lama, sebab tak sanggup nak melihatnya. Sejam selepas tu, aku tengok doktor yang merawat opah bergegas masuk ke ruangan bilik tu. dan pada masa itu juga opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air mata terus mengalir tanpa henti. berita itu betul-betul mengejutkan kami semua.




                           

 Redha dengan semua apa yang berlaku kerana ini semua sudah ditentukan oleh Allah cuma tidak tahu bila dan dimana saja. sebab kita pun bakal menghadapi hal ini jugak. bila kita sedih dengan pemergian seseorang, nanti orang pun akan sedih dengan pemergian kita.

Hanya doa yang dapat disampaikan dan segala amalan kita di muka bumi ini sebagai pembekal di hari sana kelak.


SINCERELY
NUR AZEIMAH

words spilled @ 02:25 / leave goosebumps here